Selamat Harijadi -Pak Long Ramli ( 18.04.2022) Isnin

Photo : Credits to Mak Cik Zurina

Seluruh warga AlQamar mengucapkan “Selamat Hari Jadi ” kepada Pak Long Ramli serta “Selamat Berpuasa” dibulan yang mulia ini.

Pak Long Ramli adalah merupakan warga AlQamar yang tertua dalam adik beradik.

Semoga Allah panjang kan umur Pak Long Ramli serta memudahkan perjalanan kehidupan nya di hari hari mendatang.Aamiin…🤲🤲🤲

Hari Pertama Berpuasa Di bulan Ramadan 03.04.2022 Ahad

Bagi meraikan bulan Ramadan tahun ini Mak Njang dan Mak Lang telah balik kampung pada 02.04.2022 .

Dikampung mereka di santuni Pak Ndak dan Mak Cik dan keluarga.

Mereka telah dapat bersahur bersama sama dikampung.Tahniah Semua kerana berpeluang bersahur bersama.

Mak Njang dan Mak Lang bersahur hari pertama berpuasa Ramadhan 2022. Bersama ialah Pak Ndak dan Mak Cik berserta keluarga masing masing.

ADE SESAPA NAK ODE KUIH RAYA…DIBAWAH NI ADE MAK USU SUPPLY……BOLEH LAH KONTAK MAK USU…..

whatapp mak usu sekarang juga!!! Sebelum terlewat….🤭🤭 pasal tarikh abaikan….

Perasmian Program Tadarus Ramadhan (Al Qamar) 2022.

Satu sessi online telah di adakan bagi meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang akan bermula Ahad ini. Ini bermakna esok (Sabtu) malam mula SolatTarawikh akan diadakan.

Antara warga AlQamar yang tampil menyertai adalah saperti yang kami cuba paparkan melalui screen shots.

Alhamdulillah kami telah menyempurnakan bacaan yasin, tahlil ringkas serta doa . Moga Allah menerima usaha kami yang serba kekurangan ini…Aamin.

Ada dikongsikan bahawa kita merancang untuk buat majlis katam online seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Pihak Admin bersama pihak perancang program ingin merakam kan ucapan setinggi terima kasih kepada semua warga AlQamar yang telah meluangkan masa bagi menyertai sessi pengenalan tadarus ini.