Majlis Khatam Al Quraan – Alqamar ( 01.05.2022 – Ahad)

Satu majlis khatam AlQuraan Alqamar telah diadakan secara online.Majlis telah di laksanakan pada 01.05.2022 (Ahad) pukul 8.30 pagi. Berikut adalah antara peserta warga Alqamar yang mengambil bahagian menjayakan majlis tersebut.

Dari atas kekanan : Mak Njang Yah, Pak Itam Arie, Mak Uda Mah, Mak Lang Ita, Mak Usu Nor, Siti Aisyah (Ecah).

Pihak admin juga pihak penganjur ingin merakam ucapan terima kasih kepada peserta majlis khatam Alquraan tersebut .

Ucapan terimakasih juga yang tak terhingga kepada seluruh warga Alqamar yang telah melapangkan masa bagi mengambil bahagian dalam program ngaji AlQamar Ramadhan 2022/1443H ini.

Semoga amal sedikit kita ini diterima dan di pandang besar disisi Allah s.w.t.

Selamat Harijadi -Pak Long Ramli ( 18.04.2022) Isnin

Photo : Credits to Mak Cik Zurina

Seluruh warga AlQamar mengucapkan “Selamat Hari Jadi ” kepada Pak Long Ramli serta “Selamat Berpuasa” dibulan yang mulia ini.

Pak Long Ramli adalah merupakan warga AlQamar yang tertua dalam adik beradik.

Semoga Allah panjang kan umur Pak Long Ramli serta memudahkan perjalanan kehidupan nya di hari hari mendatang.Aamiin…🤲🤲🤲

Hari Pertama Berpuasa Di bulan Ramadan 03.04.2022 Ahad

Bagi meraikan bulan Ramadan tahun ini Mak Njang dan Mak Lang telah balik kampung pada 02.04.2022 .

Dikampung mereka di santuni Pak Ndak dan Mak Cik dan keluarga.

Mereka telah dapat bersahur bersama sama dikampung.Tahniah Semua kerana berpeluang bersahur bersama.

Mak Njang dan Mak Lang bersahur hari pertama berpuasa Ramadhan 2022. Bersama ialah Pak Ndak dan Mak Cik berserta keluarga masing masing.

ADE SESAPA NAK ODE KUIH RAYA…DIBAWAH NI ADE MAK USU SUPPLY……BOLEH LAH KONTAK MAK USU…..

whatapp mak usu sekarang juga!!! Sebelum terlewat….🤭🤭 pasal tarikh abaikan….